Langkau ke kandungan utama

LUPA NAK SERAH BORANG KASTAM THAI

Lupa Nak Serah Borang Kastam Thai atau CUSTOM DECLARATION FORM ( THAILAND ) apa nak buat ?

Sorry la , selama ini aku dok share tentang info bagaimana nak masuk ke Siam. Lupa tulis info bagaimana nak keluar dari Siam.

1. Pastikan Borang kastam diserah kembali sebelum nak keluar.
Rujuk GAMBAR.

2. Tang Mana nak serah ?
Pejabat Kastam la.

3. Tang Mana Pejabat Kastam ?
BACA BACA BACA PAPAN TANDA.
Tanya tanya tanyalah makluk Allah yang berada di sekitar Border Thai-Malaysia.

4. Masa serah jangan lupa TANDA TANGAN.

5. Bagaimana kalau borang tu koyak, rosak dan hilang ?
Bab tu aku pesan selalu, amik gambar borang kastam lepas buat. Simpan satu copy.
Bila hilang dan rosak ada BUKTI nak tunjuk kat Pegawai Kastam Siam. Hangpa ketegaq. Berbuih mulut lengoh tangan tulis. Hangpa baca tak mau amik paham. Ni tolong share kat kawan bila pas baca.

5. Cuba tengok GAMBAR tu.
Ada tulis tarikh lupus. TAHUN SIAM 2559 sama dengan tahun 2016, kalau tahun ni 2561 sama dengan 2018. PAHAM KA ?
Siam hormat kat tahun buddha , kita ja dok guna tahun orang putih, tak mau guna tahun HIJJRAH....haha.

6. Tengok tarikh dan haribulan. Biasanya kastam Siam bagi sebulan dari Tarik hangpa masuk. Jadi kalau lupa hantaq dalam masa belum lepas mai dari tarikh mati. Pi Border bawa kereta atau motor tu hantar. Tak Kena denda.
Kalau dah lewat sehari ( 1hari x thb1000 = Thb1000 ) .
Kalau 9 hari ( 9 x thb1000 = 9000 )
Maksimun THB10,000 atau bersamaan dengan nilai RM semasa.
Jangan tanya aku, aku bukan tokey Money Changer.

7. Ada orang wasap aku, bagi tau, dia tak da masa nak datang sebelum tarikh mati. La dok habaq kat aku buat pa. Hang punya pasai la. Aku bukan PEGAWAI KASTAM SIAM. Hang siap la THB10,000 untuk bayaq denda.

8. Ada yang PM aku tanya, tak boleh kautim ka ? Ya Allah aku ni nak habaq kat hangpa, mati nak masuk syurga la. Rasuah aku tak main la. Paham ka. Hang nak masuk neraka hang pi la. haha.

9. PAHAM KA ?

10. Mengkalu tak paham lagi.....hang cross border KL SELANGOR dah la. Ambik gambaq pintu gerbang di Lebuhraya Persekutuan pun kira ok la. haha

CJS Satun 406
Contoh Borang Kastam Thai

Info KLIK



Ulasan

Shaiful GS berkata…
amboi mamu...garangnya
Cikgu Joe Satun berkata…
Lupa nak serah Borang Kastam Cikgu Joe Satun
Unknown berkata…
Kalau lupa@tak perasan nak declare xpa ke?..hari tu masuk,insuran suma dah beli tapi x declare..cuma buat tm6, tm2 dam tm3 shj..ada isu tak kalau lain kali nak masuk balik..
yuslina berkata…
kawan kami dah kena baru ni masa pi satun...
Unknown berkata…
Boss...boleh bantu macamana nak settle masalah ni tak.Perlu bawak kenderaan tu balik atau just bagi geran saja
Unknown berkata…
Nk tanya klu orang lain yang pulangkan custom form tu boleh tak
Unknown berkata…
Saya lupa nk serah borang kastam(tarik luput awal bulan depan). Macamana nk serah balik. Kene masuk thailand balik ke? Atau ada kaunter khas untuk serah?

Catatan popular daripada blog ini

BORANG TM6 TM2 DAN TM3 THAILAND

TM6 THAI Borang TM6 , Borang TM2 dan Borang TM3 ke Thailand. Borang apakah itu ? Ramai yang dok keliru dengan borang ini. 1. Borang TM6 atau white card . Ada dua keratan yang perlu diisi. - keratan Arrival Card dan Departure Card, kena isi dua dua. - Arrival Card disimpan oleh Imigresen Thai. - Departure Card disimpan bersama passport atau border pass. - Departure Card MESTI diserahkan sewaktu keluar dari Thai. Disertakan bersama Passport semasa stamping. - JIKA HILANG , sila lapor ke Pejabat Imigresen atau tahan telinga kena maki ( hahaha ) Oleh itu ambil gambar passport dan TM6 simpan didalam HP sebagai bukti jika hilang. Borang TM2 dan TM3 dicopy dari  https://www.riderchris.com/ 2. TM2 adalah borang maklumat kenderaan. - Borang ini boleh didapati di Pejabat Imigresen Thai. - Diisikan dan diserah kepada Pegawai Imigresen Thai untuk mendapat pengesahan semasa stamping passport. - Serahkan semasa pulang ke malaysia kepada Pegawai Imigresen Thai semasa stamping P

LOKASI MENARIK DI PAK BARA SATUN THAILAND

Lokasi Menarik di Pak Bara Satun Thailand untuk dilawati. Persiapan untuk masuk Thailand melalu Wang Prachan, Satun menggunakan Passport ( MAY 2022 ) a. Thai Pass link https://land.tp.consular.go.th / DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 Untuk memudahkan urusan sila klik link berikut https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) Border Pass  ( MAY 2022 ) a. Tempuh melawat 3h2m ( Tempuh 30 hari sejak July 2022 ) b. Tiada Thai Pass dan Insuran Covid  DIMANSUHKAN SEJAK JULY 2022 b. Covid Insuran c. Insuran kenderaan ( Por Ror Bor & Voluntary ) d. Geran kenderaan e. TM6 TM2 TM3 INSURAN KENDERAAN https://wa.me/60196664087 ( Malaysia ) https://wa.me/6598505125 ( Singapura ) 1. Wang Kelian Immigration, Customs, Quarantine and Security (ICQS) Complex +60 9-945 6328 https://maps.app.goo.gl/ayF7

Prosedur Bawa Kereta ke Thailand

Prosedur Bawa Kereta ke Thailand ? Bagaimana hendak bawa kereta ke Thailand ? Cara-cara nak bawa kereta Malaysia ke Thailand ? Ini adalah antara soalan yang sering karm terima dari pembaca ? Ini jawapan  nya :-  Baca Disini 1.Geran kereta asal ( ori ). Geran Fotostat pun boleh, dengan syarat ,ianya telah di sahkan (endosement) di mana-mana Balai Polis atau JPJ . 2.Surat Kebenaran Pemilik .Sekiranya anda membawa kereta bukan milik anda atau tiada nama anda didalam geran. Contoh Surat Kebenaran Pemilik FORMAT SURAT RASMI 1.PEMILIK ALAMAT PEMILIK NO MYKAD NO HP 2.PEMBAWA ALAMAT PEMBAWA NO MYKAD NO HP 3.KERETA JENIS KERETA WARNA NOMBOR PENDAFTARAN PERKARA : SURAT KEBENARAN PEMILIK Saya..............................(nama dan mykad).......................................... pemilik kereta Nombor Pendaftaran ........................................... membenarkan ....................(nama dan mykad) membawa kereta saya memasuki negara Thailand. Tandatangan P