Loy Krathong
Sedikit info mengenai Perta Loy Krathong yang di sambut pada malam ini. Bila anda Melawat Satun selain dari tempat-tempat menarik, pesta kebudayaan boleh menjadi pilihan.
Sedikit info mengenai Perta Loy Krathong yang di sambut pada malam ini. Bila anda Melawat Satun selain dari tempat-tempat menarik, pesta kebudayaan boleh menjadi pilihan.
Loy Krathong adalah salah satu pesta keramaian popular yang disambut kebanyakan masyarakat berketurunan Thai di seluruh dunia. Malah, ia juga dilihat sebagai satu simbol kekayaan warisan budaya masyarakat berkenaan.
Pesta Loy Krathong lazimnya disambut setahun sekali iaitu pada hari ke-15 dalam bulan 12 mengikut kalendar Lunar Thai (sekitar permulaan bulan November). Tarikh berkenaan dipilih kerana dikatakan akan berakhirnya musim hujan dan paras air sungai yang masih tinggi. Ketika itu bulan sedang mengambang penuh.
Tentunya ada di antara anda tertanya-tanya apakah kaitan paras air sungai dengan pesta Loy Krathong ini? Sebenarnya, upacara ini berkait rapat dengan sungai sebagai nadi dan tulang belakang masyarakat Thai.
Perkataan 'Loy Krathong' membawa maksud tersendiri. 'Loy' dalam bahasa Thai bermakna hanyut, manakala 'Krathong' pula adalah bentuk bunga teratai. Jadi, dalam erti kata lain Loy Krathong bermaksud 'menghanyutkan bunga teratai'.
Titik tolak sambutan perayaan Loy Krathong adalah berasaskan kepercayaan golongan Brahmin dalam agama Hindu purba. Dikatakan pada suatu ketika, masyarakat Brahmin mengadakan upacara menghanyutkan bungai teratai sebagai tanda penghargaan kepada 'Mae Khongkha' atau Dewi Air pada malam bulan purnama.
Sejak itu, unsur keagamaan berkenaan diserap ke dalam kebudayaan masyarakat kebanyakan negara Asia Tenggara seperti negara Thai, Laos, Myanmar, Kemboja dan Vietnam. Malah warisan budaya berkenaan telah diusahakan dan diwariskan kepada generasi muda lebih daripada 700 tahun.
Sungguhpun asal-usulnya dikaitkan dengan upacara keagamaan Hindu, namun masyarakat Thai tetap percaya bahawa Loy Krathong membawa azimat kepada hidup mereka. Dengan itu, wujudlah kepercayaan baru yang mengatakan bahawa segala benda buruk akan hanyut bersama Krathong.
Justeru, di sesetengah tempat dapat dilihat juga di kalangan masyarakat yang menyambut Loy Krathong akan memotong kuku dan rambut pada hari berkenaan untuk tujuan menghanyutkan bersama bunga teratai.
Pesta Loy Kratong 1 |
Pesta Loy Kratong 2 |
Pesta Loy Kratong 3 |
Pesta Loy Kratong 4 |
Pesta Loy Kratong 5 |
Pesta Loy Kratong 6 |
Pesta Loy Kratong 7 |
Pesta Loy Kratong 8 |
Pesta Loy Kratong 9 |
Ulasan