Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2022

KENDURI DI SUNGAI SELUANG 1980-AN

Kenduri di Sungai Seluang sekitar tahun 70-an dan 80-an, kanak-kanak dilayan asing. Mereka yang hadir dijamu makan seawal jam 11.00 pagi.  Oleh kerana zaman itu, keramaian cuma terdapat dirumah kenduri. Rumah kenduri lesen besar untuk kanak-kanak bermain 3 hari 3 malam. Ibubapa sibuk membantu melancarkan majlis kenduri. Ibu-ibu akan membawa bekas seperti mangkok si'a atau talam berisi kuih muih, gula atau beras. Bila pulang nanti, akan dibalas bekas dengan gulai dan nasi. Hidup seperti satu keluarga besar.  Ayah aku tukang masak nasi minyak. So jadi anak tukang masak dapat makan spesel sikit. Ada sup gear box. Aku waktu usia 12 kebawah, jika nak makan mesti cari ayah aku.  Pas makan kekadang akan pi tengok budak jaga rekod. Masa tu pekerja jaga rekod sangat glamer. Kalah DJ radio. Yang bestnya, seawal pagi bila dia sampai dirumah kenduri, pemuda kampung akan membantunya memasang pembesar suara di tempat tinggi seperti diatas pokok. Arwah Umaq Kartun, akan panjat ke puncak pokok nyi