Kenduri di Sungai Seluang sekitar tahun 70-an dan 80-an, kanak-kanak dilayan asing. Mereka yang hadir dijamu makan seawal jam 11.00 pagi.
Oleh kerana zaman itu, keramaian cuma terdapat dirumah kenduri. Rumah kenduri lesen besar untuk kanak-kanak bermain 3 hari 3 malam. Ibubapa sibuk membantu melancarkan majlis kenduri.
Ibu-ibu akan membawa bekas seperti mangkok si'a atau talam berisi kuih muih, gula atau beras. Bila pulang nanti, akan dibalas bekas dengan gulai dan nasi. Hidup seperti satu keluarga besar.
Ayah aku tukang masak nasi minyak. So jadi anak tukang masak dapat makan spesel sikit. Ada sup gear box. Aku waktu usia 12 kebawah, jika nak makan mesti cari ayah aku.
Pas makan kekadang akan pi tengok budak jaga rekod. Masa tu pekerja jaga rekod sangat glamer. Kalah DJ radio. Yang bestnya, seawal pagi bila dia sampai dirumah kenduri, pemuda kampung akan membantunya memasang pembesar suara di tempat tinggi seperti diatas pokok. Arwah Umaq Kartun, akan panjat ke puncak pokok nyiok. Esok pagi, jenuh budak jaga rekod nak panjat sendiri. That why, kelayakan utama " budak jaga rekod " wajib boleh panjat pokok nyiok.
Sungai Seluang ketika tu masih kampung ulu. Tiada jalan tar. Penduduk yang memilik motor pun boleh kira dengan jari.
Basikal Tua ibarat lori kecil bagi membawa susu getah dan guni padi.
Mulai 1976-1977 bendang tak diusahakan kerana masalah saliran air yang tidak sempurna. Tanah bendang pelan lama terbiar dan di ujung 1980-an tak salah 1986 Felcra memajak tanah dan di tanam kelapa sawit. Kini kelapa sawit dah tua. Namun kat tanah arwah ibubapa aku masih tidak siapa peduli dengan sawit tua.
Tambahan aku lagi tak tau apa kerana aku jarang-jarang balik kampung. Cerita Sungai Seluang terus terpahat dijiwa aku. Aku berbangga jadi Anak Seluang.
Kini anak seluang telah melaut. Aku rasa Sungai Seluang kini dah terkenal.
Dulu ada kalangan hangpa tak tau tentang kewujudan SUNGAI SELUANG, LUNAS KEDAH.
#sungaiseluang
#lunas
#kulim
#kedah
Ulasan