Setakat la ni border Wang Kelian adalah border paling mudah untuk memasuki Thailand.
Jika hangpa membawa kenderaan, apa yang perlu hangpa siap sedia.
1. Passport serta TM6 atau white card
2. TM 2 dan TM 3
3. Salinan geran kenderaan
4. Jika kereta bukan milik hangpa, tulis surat kebenaran membawa kenderaan daripada pemilik dalam Bahasa Inggeris.
Contoh
Nama Pemilik
No. My Kad ( serta salinan )
No. Plate Kenderaan
Pastu memberi kebenaran kepada
Nama Pembawa
No. My Kad ( serta salinan )
Proses Pertama
1. Chop Passport di Imigresen Malaysia
2. Masuk ke Wang Prachan Imigresen Thai
3. Pemandu ke banggunan paling kanan menyerahkan passport serta TM6, TM2 dan TM3. Akan disahkan oleh kerani bertugas dan sedikit bayaran dikenakan.
4. Pastu pemandu bawa semua dokumen diatas ke Pegawai Imigresen di Banggunan Kedua
5. Penumpang macam biasa serahkan Passport dan TM6.
**** Jangan hilangkan TM6. Ambil gambar TM6 jika hilang ada bukti.
Urusan Declaration Kenderaan
1. Pemandu ke pejabat Kastam dihujung Banggunan kedua.
2. Bawa Passport dan Geran. Jika bukan pemilik kenderaan bawa bersama surat kebenaran dari pemilik.
Jika anda nak mudah, borang TM2, TM3, TM6 dan surat kebenaran boleh diserahkan kepada agen, dengan wasap dokumen ke HUBUNGI : +60 19-666 4087 ( kol atau wasap )
1. Passport pemandu dan penumpang
2. Salinan geran
3. Jika untuk surat kebenaran, sertakan salinan mykad pemilik dan pemandu.
HUBUNGI : +60 19-666 4087 ( kol atau wasap )
JENIS INSURAN YANG HANGPA KE BELI.
Insuran ini hangpa wajib beli kerana jika berlaku kemalangan dan hangpa didapati bersalah, maka kesemua insuran ini dapat membantu hangpa.
Kemalangan-kemalangan yang lalu telah menjadi teladan kepada kita semua. Biasanya kos pampasan yang diminta jika tidak memiliki insuran-insuran dibawah sangat-sangat membebankan mangsa.
Pertama : Compulsory atau Por Ror Bor.
Insuran yang wajib kena beli. Tapi insuran ini sekadar melindungi penunggang, pembonceng, pemandu dan penumpang kenderaan.
TIDAK MELINDUNGI KEROSAKKAN KENDERAAN.
HUBUNGI : +60 19-666 4087 ( kol atau wasap )
Kedua : Voluntary
Insuran sukarela beli tidak paksaan TETAPI banyak membantu untuk membayar pampasan kepada kenderaan yang terlibat dengan kemalangan dengan hangpa.
Insuran ini akan membayar pampasan kepada kenderaan pihak ketiga jika hangpa didapati bersalah dalam kemalangan tersebut.
Namun sangat sedikit amaun untuk pampasan kenderaan hangpa sendiri.
HUBUNGI : +60 19-666 4087 ( kol atau wasap )
Ketiga : Extention 101 Insuran
Insuran ini boleh dibeli di Malaysia. Rujuk insuran kenderaan hangpa dan boleh bertanya kepada agen insuran hangpa.
Pampasan tertakluk terma dan syarat. Akan tetapi amat-amat membantu untuk anda mendapat pamasan kepada kenderaan hangpa dan kenderaan pihak ketiga. Namun begitu biasanya urusannya PAY AND CLAIM.
Hangpa bayar atau repair dulu kenderaan dan CLAIM kemudian. Rujuk info lanjut kepada agen insuran hangpa di Malaysia.
Keempat : Travel Insuran
Contoh Travel Insuran Etiqa, AIG, AXA,Great Eastern dan lain-lain. Pandai-pandai hangpa pilih atau Hangpa boleh tanya kak Zila di talian :
+60 13-533 8511
Aku memang rekemen travel insuran ini.
Voluntary Insurance
Ulasan