Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2023

Koh Lipe Satun Thailand Bersama Karlisa Travel

 Pada 19hb February 2023 yang lalu, CJS menemani followers Page Cikgu Joe Satun, ke Program One Day Trip Island Hopping dan Snorkeling Koh Lipe. Kos seorang dewasa termasuk :- - insurans - tour guide - makan dan minum - cukai taman negara Sebanyak THB1850/dewasa HUBUNGI : +66830948948 Karlisa Travel ( Bini CJS ) dan juga  +66 97 351 3984 ( Shila CJS ) Atau anak lelaki CJS +60 11-1242 8198 ( Kimi CJS ) Perjalanan bermula pukul 9:30 pagi dan kami sampai di pulau pertama Koh Khai kira-kira 10:30 pagi. Lihat gambar dibawah ini Lepas santai di Koh Khai, kami ke Koh Rawi Perjalanan lebih kurang 20 minit. Disini staf Karlisa Travel memberi tunjuk ajar kepada semua peserta program bagaimana hendak menggunakan life jacket, googles dan cara nak snorkeling. Maka bermulalah aktiviti snorkeling. Lepas tu kami ke spot snorkeling kedua. Video hangpa boleh tengok di Page Cikgu Joe Satun. Disini kita boh gambar saja Seterusnya kami ke Pulau Batu Hitam atau Koh Hin Khaw. Sebuah pulau unik te...

Dua Kemalangan Di Thailand Yang Perlu Diambil Iktibar

 Dua Kemalangan Di Thailand Yang Perlu Menjadi Iktibar kepada semua pelancong Malaysia yang bercadang bercuti disana. Pertama kisah Pakcik Wahab yang menyewa motosikal dan kemalangan di Krabi Thailand. Oleh kerana beliau melanggar mati warga Thailand, maka pihak mangsa menuntut bayaran RM200,000 Lagipun sebelum menyewa motosikal/kereta di Thailand, pastikan anda bertanya mengenai insurans. Pastikan kenderaan memiliki insurans Voluntary Kelas Pertama. Namun begitu, sewanya bukan THB300/hari. Nilai sewanya mungkin THB600/hari atau lebih sebab Insurans Voluntary kelas pertama sangat mahal.  Oleh itu, budak-budak bagpek bajet miskin, yang selalu viral, bercuti murah di Thailand perlu memikirkan implikasi sekiranya berlaku kemalangan.  Kedua kisah Afiffudin yang menunggang motosikal LC135 dan terbabas di utara Thailand. Sahabat kita separa sedar atau dalam keadaan koma.  Affiffudin mungkin memiliki Insurans CI dan VI. Namun kos rawatan yang agak tinggi di Thailand sebagai...

PENTINGNYA TRAVEL INSURANS KE THAILAND

 KENAPA AKU GALAKKAN BELI TRAVEL INSURANS ? Biasanya geng otai yang dah sering jelajah Thailand depa sekadar beli Compulsory Insurans ( CI ) atau Por Ror Bor sebab malaikat maut tu kawan depa. Lagipun depa dah dapat info Qada dan Qadar bila nak kemalangan. CI adalah insurans untuk biayai yuran hospital sahaja dan pampasan kematian. Namun sebagai orang asing di Thailand, kos hospital kita sama seperti orang Thai atau Bangla masuk Hospital di Malaysia. Sangat-sangat tinggi kadar rawatan dan kos admited ke wad. Jika masuk ICU at least THB10,000 sehari. Untuk persediaan, aku sarankan kat hangpa agar beli Travel Insurans untuk membiayai kos hospital. Rujuk agen insurans hangpa dan minta dia jelaskan TI ni cover dak kalau bawa motor ? TI atau Travel Insurans juga disarankan untuk pembonceng motor, penumpang kereta dan ahli rombongan Cik Kiah. Naik kapalterbang pun mesti beli. Maknakata kalau hang nak melacong ke Luar Negara seperti Thailand, belilah TI.  Tak kisahlah kalau hangpa ma...